PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Thursday, September 2, 2010

SUDAH DALAM MOOD HARI RAYA?

Salam to alz!

Nampaknya ramai yang sudah dalam mood hari raya.  Apatah lagi dengan lagu-lagu hari raya yang malar segar mula berkumandang di corong-corong radio menggamit memori indah hari raya.

Dalam kita bergembira di hari raya yang bakal menjelma ini, jangan kita lupa sebaik sahaja naik persekolahan selepas bercuti, anak-anak kita di tahun enam akan  menghadapi UPSR.  Di musim percutian ini, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengekalkan momentum belajar anak-anak ini. Jika sepanjang masa anak-anak beada di sekolah guru-guru telah memberi bimbingan yang sewajarnya, maka di musim cuti ini ibu bapa pulalah yang sepatutnya menggalas tugas membimbing pelajaran anak-anak.

Oh ya, keputusan peperiksaan percubaan PMR telah ada di tangan saya.. Bagaimana prestasi murid-murid kita?  Bagi subjek bahasa, ada beberapa perkara yang membimbangkan kita.  Apakah perkara itu?  Tunggu saya buat analisis terperinci lebih dulu ya. ; )

Buat semua rakan-rakan guru di daerah Kulai, Eid Mubarak!

NMN

Monday, August 16, 2010

SHARPEN YOUR AXE

Salam to alz!

Time really flies! We are now in the middle of August.  Have we accomplished what we have planned earlier this year? Personally, I have not.  Come to think of it, I didn't even realise so many days and months have passed this year. 


I would like to share this article that I read in the newspaper sometime ago.  It was about sharpen your axe.  There was a very strong and skilled Kayan woodcutter who asked for a job with a timber merchant.  He got the job and the pay was good.  The boss gave him an axe and determined to do his best, the woodcutter cut down 15 trees on his first day on the job.

Highly motivated, the woodcutter tried harder the next day but he cut down 13 trees.  Next day, he tried even harder but only chopped down 11 trees.  day after day he tried but he cut down fewer trees.  The woodcutter thought he must be losing his strength so he apologised to his boss claiming he could not understand why.

"When was the last time you sharpen your axe?" the boss asked.  "Sharpen my axe? I had no time to sharpen my axe.  I have been busy too busy cutting down trees," said the woodcutter.

He sharpened his axe and immediately was back to 15 trees a day.  Since then, he begins the day by sharpening his axe.

Most of us are too busy doing and trying to achieve, that we never take time to learn and grow.  We don't have the time or patience to update skills, knowledge and beliefs about our work or to take time to think and reflect.  Many of us assume that sharpening our axe is not a priority.

So, what exactly is sharpening the axe? Dr Steven Covey, who popularised the term, believes it means "increasing your personal production capacity by daily self care and self-maintenance."

Most people fail to understand what it means.  Some mistake it for taking a break or vacation.  Taking a break or a vacation is not sharpening your axe.  That is putting the axe down.  when you put down a dull blade and rest, the blade will still be dull when you pick it up.

Sharpening the axe is an activity.  There are many ways we can do to sharpen our job's axe.  Reading books, going for a course, study something new, asking for feedback, get a mentor or learn from people who inspire you.  You have to sharpen your axe as often as possible.  But if you are so busy and so focused on your job with no time for discussion or study, you are not really moving forward.

Much like the woodcutter, trying hard will not yield results. Our years of experience count for nothing if we did not upgrade ourselves.  Axe sharpening isn't as fun as whacking down trees.  It is a tedious work.  It is an inner battle.  Once your blades are sharpened, use them because sharpened blades will not produce results if you keep them in the cupboard.

So, how are your various blades doing?  Your skills, your knowledge, your mind, your physical body, your motivation, your commitment, your emotions - are all of them sharp?  If not, which ones are dull, and what can you do to sharpen them?  What are you doing to sharpen your axe?

Take a step back and start sharpening your axe. : )

NMN

Sunday, August 15, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Salam to alz!

Keputusan peperiksaan percubaan UPSR (UPPM3) telah dikeluarkan.  Bagimana prestasi kita?
Bagi Pemahaman (SK), kita telah mencapai 95.54%.   Daripada 32 buah sekolah, hanya sebuah sekolah sahaja yang tidak melepasi 90%  (89.22%).  Antara sekolah yang mendapat 100% ialah SK Sayong Pinang, satu-satunya sekolah murid asli di daerah Kulai ini.  Di sekolah ini, 14 calon telah mendaftar tetapi hanya 5 orang sahaja yang hadir dan semua mereka yang hadir lulus dengan seorang mendapat A.

Bagi Penulisan (SK), kita telah mencapai 92.4% dan hanya 2 buah sekolah sahaja yang berada di bawah paras 80%.  Kedua-dua buah sekolah ini mendapat 76.47% (6 calon mendapat D, 2 calon E) dan 60% (2 calon D).

Bahasa Inggeris (SK) pula, pencapaian kita hanya memuaskan sahaja di mana kita mencapai 79.54%.  Lima buah sekolah berada di bawah 70%.  Daripada 5 buah sekolah ini,4 daripadanya berada di antara 60 - 69% manakala sebuah sekolah hanya mencapai 20% sahaja.

Di sekolah jenis kebangsaan (SJK), bagi kertas Pemahaman, 65.3% telah menguasai.  Namun begitu, daripada 19 buah sekolah, 4 buah sekolah berada di bawah 60% dan sebuah sekolah hanya mencapai 38.71%.

Bagi Penulisan (SJK), 63.02% telah menguasai.  Tiga buah sekolah berada di antara 50 -59% manakala 2 buah sekolah masing-masing berada pada 48.39% dan 35%. 

Bagi Bahasa Inggeris pula, kita telah mencapai 72.53%.  Semua sekolah telah melepasi tahap 60% di mana prestasi paling rendah adalah 61.29% dan paling tinggi adalah 86.36%.

Begitulah serba sedikit tentang prestasi peperiksaan percubaan UPSR sekolah-sekolah di daerah Kulaijaya ini. Di bulan-bulan terakhir sebelum UPSR yang sebenar, sekolah seharusnya telah berada pada fasa final bagi membuat pecutan yang terakhir.  Guru-guru sewajarnya telah mengenalpasti siapakah murid mereka yang perlu dibantu bagi memastikan mereka dapat mencapai keputusan yang sewajarnya.

Bermula minggu hadapan, selama 2 minggu, pegawai-pegawai di Unit Akademik akan bergerak ke semua SJK di daerah Kulai bagi memantau program yang dilaksanakan oleh sekolah selepas peperiksaan percubaan UPSR ini.  Antara aspek yang akan dilihat adalah pelaksanaan dan kesesuaian program.  Apa yang diharapkan adalah sekolah telah membuat perancangan yang rapi khususnya bagi murid-murid yang berada pada tahap GALUS bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.

Buat rakan-rakan guru di sekolah, kita mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha cikgu membimbing murid-murid kita di sekolah.  Sentiasalah kita ingat bahawa setiap anak dilahirkan dengan kejayaan jadi janganlah kita menjadi orang yang menggagalkannya.  Berusahalah kerana setiap usaha yang kita lakukan, insyaAllah, akan mendapat ganjaran sewajarnya di dunia dan di akhirat.

NMN

RAMADHAN KAREEM!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ramadhan mubarak to all!

Syukur Alhamdulillah kerana dengan rahmatnya kita bertemu dengan satu lagi Ramadhan.  Semoga peluang Ramadhan kali ini dapat kita gunakan sebaik-baiknya untuk menambahkan amal ibadat kita. selamat berpuasa!

Saturday, July 24, 2010

PRESTASI KITA...ini dia

Salam to alz!

Maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengepos tentang prestasi calon-calon PMR dan SPM dalam subjek bahasa ini.

Those who are interested can follow this link:
http://www.kulaijaya.net

..dan rujuk dalam Prestasi Subjek Bahasa PMR dan SPM sehingga peperiksaan pertengahan tahun 2010. 

Hasil daripada pencapaian ini, Unit Bahasa PPD Kulai akan mula bergerak ke sekolah-sekolah yang prestasinya kurang memberansangkan.  Dalam minggu ini 3 sekolah telah dilawati dan 3 sekolah lagi akan dilawati pada minggu hadapan.  Sepanjang lawatan ke sekolah, kami akan mencerap guru-guru yang mengajar subjek BM dan BI tingkatan 3 dan 5 (seberapa ramai yang boleh) bagi melihat dan memberi pandangan cara untuk menambah baik proses p&p di dalam kelas.

Melihat kepada prestasi murid sehingga peperiksaan ini (AR2), apa yang boleh dikatakan tidak ada sebuah sekolah pun mencapai OTR2 yang disasarkan - baik OTR2 sekolah mahupun OTR2 yang disasarkan oleh PPD dalam mana-mana subjek.  Apa yang pasti, kebanyakan sekolah masih jauh lagi dari ETR mereka sedangkan cuma tinggal satu percubaan sahaja lagi sebelum PMR atau SPM yang sebenar. 

Sekolah khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut seharusnya sudah tahu siapakah murid yang masih belum mencapai ETR mereka.  Seharusnya juga, guru sudah pun punyai strategi bagaimana untuk menangani calon-calon ini bagi memastikan pencapaian cemerlang akan bersama mereka.  Strategi bagi murid-murid yang berada dalam braket markah 30 - 39 tentulah tidak sama dengan strategi bagi murid yang berada pada braket  20 - 29 contohnya.  Adalah penting bagi guru untuk memberikan fokus yang sewajarnya kepada mereka dan pada masa yang sama tiidak lupa membantu murid yang berada pada braket markah bawah 10.

Kami di PPD Kulai sentiasa memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan guru di sekolah.  Ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus memastikan kejayaan murid-murid di daerah Kulaijaya ini.  Semoga usaha kita semua diberkati Allah swt..

NMN

Friday, July 16, 2010

PRESTASI KITA...

Salam to alz!

Bagaimana prestasi murid-murid kita sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu?  Baik atau sebaliknya?
Semalam kita telah mengadakan audit akademik peperiksaan pertengahan tahun calon PMR dan SPM. 
Unjuran kita (OTR2) bagi calon PMR : BM 80.4%, BI 70.71%, BA 93.11%, BC 90.58% dan BT 89.47%.Bagi SPM pula : BM72.36, BI 67.4%, KM 56.06, BA 83.22, BC 84.82% dan BT 85.6%.

Prestasi kita? Nanti ya..

Tuesday, July 6, 2010

KOPERASI

Salam to alz!

Pada 1 Julai yang lepas, saya berpeluang menghadiri majlis perasmian bilik koperasi SMK Tunku Abdul Rahman Putra.  Saya tidak berpeluang mengambil gambar kerana terlupa membawa kamera. Rasanya koperasi sekolah ini adalah antara yang terbaik di daerah Kulai.  Dengan bilangan murid melebihi 2000 orang, koperasi ini tiada masalah untuk membuat keuntungan dari hasil jualan mereka.  Pengubahsuaian bilik yang dilakukan, di biayai sepenuhnya oleh koperasi ini.

Sewaktu saya memegang jawatan guru koperasi di sekolah, saya pernah membayangkan untuk mewujudkan bank koperasi di sekolah tersebut.  Dengan bantuan beberapa guru lain, kami bersama-sama berusaha untuk mendaftarkan koperasi sekolah yang sebelum itu beroperasi sebagai sebuah kedai buku.  Namun begitu, sebelum sempat bank koperasi ditubuhkan, saya sudah pun berpindah.  sehingga sekarang, saya belum lagi mendengar ada sekolah yang ada bank koperasi. 

Bank koperasi boleh berfungsi sebagai tempat untuk murid menyimpan wang mereka.  Ia lebih kepada bentuk tabungan.  Murid boleh mengeluarkan wang ini apabila mereka ingin membeli keperluan sekolah pada awal tahun. 

Oh, pada majlis itu kami dijamu sate, makaroni, kek coklat yang dibuat sendiri oleh puan Pengetua, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih.  kenyang sungguh, syukur alhamdulillah. ; )

NMN

Thursday, July 1, 2010

GATE CHAT

Salam to alz!

I was talking to my neighbour just now - standing by my gate.  Women, when they talk, they can cover a lot of topics - kids, school, technology, astro, house renovation, football etc etc - all within an hour span, standing.  That was what we did.  We decided to end the conversation when we saw the jaga on motorbikes came with their torchlights. 

The conclusion - one of these days we should go to watch World Cup Semi Finals at kedai mamak because we kept falling asleep while watching at home.  Nice.

NMN

DI BULAN JULAI INI...

Salam to alz!

Keputusan keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun murid Tingkatan 3 dan 5 telah berada di tangan saya.  Saya belum menganalisis secara terperinci keputusan ini khususnya bagi mata pelajaran BM dan BI.  Sekali imbas, saya nampak potensi untuk peningkatan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

Audit akademik akan diadakan bersama Guru Kanan Bahasa pada minggu depan.  Audit seperti ini sangat penting kerana GKMP Bahasa perlu sedar di mana kedudukan murid mereka dan apakah tindakan segera yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan prestasi murid-murid ini sebelum terlambat.  Saya harap GKMP telah pun faham sepenuhnya tentang headcount kerana setiap perkara yang dibentangkan perlu disokong dengan data.  Dan saya harap mereka semua telah bersedia dengan jawapan-jawapan yang sewajarnya..

Kursus profisiensi guru-guru Bahasa Inggeris bukan opsyen fasa 3 telah berakhir pada hari ini.  Fasa terakhir akan diadakan pada bulan Ogos nanti.  Selain dari itu, kursus peningkatan profesionalisma dalam penandaan bagi guru Bahasa Inggris SJKC akan diadakan pada 7 Julai di STARP.  Kursus ini adalah dengan kerjasama JPNJ.  Kursus TOT fasa akhir juga akan diadakan dalam bulan Julai ini di Tg Puteri Resort Pasir Gudang.

Semoga semuanya akan berjalan lancar dan mengikut jadual : )

NMN

Wednesday, June 30, 2010

HARI TERAKHIR BULAN JUN

Salam to alz!

Tanpa kita sedari, masa begitu pantas meninggalkan kita.  Sedar tak sedar, kita telah melalui 6 bulan dalam tahun 2010 ini.

Sepanjang bulan Jun ini, semua sekolah rendah sepatutnya telah melaksanakan Saringan 2 LINUS.  Pengisisan markah dalam laman web NKRA akan bermula 12 Julai ini sehingga 24 Julai.  Bagaimana prestasi murid-murid LINUS ini di sekolah?  Adalah diharapkan daerah Kulai akan dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan.  apa yang penting, di akhir 2012, tiada lagi murid dalam batch Tahun 1 tahun ini yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Data UPPM2 bagi sekolah rendah juga telah berada di tangan saya.  Tidak banyak perubahan yang berlaku dan banyak perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai Epected Targeted Rate (ETR) yang ditetapkan.  Saya bimbang dengan sekolah-sekolah yang masih terlalu jauh dari sasaran yang ditetapkan.  Apa pun, saya percaya semua sekolah sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Teruskan usaha anda dan semoga kejayaan akan bersama kita!

NMN

Tuesday, June 29, 2010

WAKA WAKA!

Salam to alz!

The World Cup fever is here! (well, for quite some time already!)  I am also caught in the fever.  Not that I am crazy about football anyway, but this fever comes once in 4 years so losing sleep for it is errr acceptable.  The guys in the house have their own preferences - Brazil, Spain and Argentina.  Me? I choose the team with the most handsome coach - Germany!. The way they sliced and diced England was phenomenal.  The best game ever so far. Another one is when Portugal trashed North Korea.  Cristiano Ronaldo's goal was funny but he made it and it was awesome to see him create so many goal scoring chances for his compatriots.  Who would have thought that they would score 7 times when Brazil managed only 2?

Come to think of it, will we get to see Malaysia in the World Cup?  Hmmm...go figure.

NMN

Saya Kembali!

Salam to alz!
Wah! Lama sungguh saya meninggalkan laman ini.  Sebulan lebih juga saya membiarkannya dipenuhi sesawang.  Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun ini.  Antaranya adalah penstrukturan baru di PPD di mana kami menerima kehadiran ramai pegawai yang baharu.  Oleh kerana ruang pejabat sempit, maka partition antara ruaang kerja pegawai telah dikeluarkan bagi memuatkan meja dan kerusi buat pegawai-pegawai baharu.  Nampaknya keadaan ini dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini di mana bangunan baharu PPD Kulai dijangka siap Disember ini. (We all pray for that even though now we only see the skeleton of the building & for the untrained eyes like mine, the progress is so sloooooowww!)

Selain dari itu, Unit Bahasa juga telah 'berkembang' dengan kehadiran 2 orang pegawai iaitu Pn Anita sebagai Penolong PPD Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah) dan Cik Nurul sebagai Penolong PPD Bahasa Melayu (Sekolah Rendah).  Saya kini memegang jawatan sebagai Penolong PPD Bahasa Melayu (Sekolah Menengah).  Dengan kehadiran mereka, dapatlah kami memberi lebih fokus kepada program-program yang dijalankan di sekolah dan dapat membuat pemantauan dengan lebih kerap.  Hanya Unit Bahasa sahaja yang semua pegawainya wanita.  Cool isn't it? : )

 NMN

Tuesday, May 4, 2010

THE CHANGE WIZARDS - CHAPTER 1 PART 4

Salam to alz!

....continue a little bit more ya..

3 People Were Penalised For Change


Organisations need to adopt the policy of encouraging a reasonable amount of risk taking.  One of the most common ways organisations develop resistance to change is the fear inculcated in people due to changes in the past.  People in organisation have a history of adverse actions taken against individuals as a result of change. For example, if a leader introduced change but showed unfavourable results and later penalised, people will be afraid to introduce any changes in the future.

Recommended Strategy : Organisations need to adopt a the policy of encouraging a reasonable amount of risk taking.  This requires the top management to support risk-taking efforts and recognise the possibilities of the outcome that may arise from the venture.  The word risk implicates that there is an element of uncertainty towards the desired products.  Management will have to take the good as well as the bad that comes along with it.

THE CHANGE WIZARDS - CHAPTER 1 PART 3

Salam to alz!

Ok, let's continue from where we left.

2 Leaders Do Not Walk Their Talk

To achieve leadership credibility, leaders need to practise what they preach.  Too often leaders fail to win the commitment of others towards change because they lack ability to influence others.  To be able to influence others positively and productively requires leadership credibility.  People shy away from change because leaders only pay lip service to changes but do not follow up with their actions.

Recommended strategy :  Get leaders to become agents of change.  As agents of change, they are required to be the first to practise whatever the recommended changes are.  Leaders must implement the recommended changes and show some positive results before they implement the change to others.

to be continued...

Monday, May 3, 2010

KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA

Salam to alz!


Bermula esok 4 Mei 2010 hingga 6 Mei 2010 akan diadakan kursus pemantapan tatabahasa untuk guru-guru BM sekolah menengah di PLGDP Bandar Tenggara.  Kursus ini melibatkan 25 orang guru dan dianjurkan oleh IPG Temenggong Ibrahim Johor Bahru.  Saya harap guru-guru yang terlibat akan mengambil perhatian khusus dan serius dalam kursus ini kerana mereka dikehendaki mengadakan kursus dalaman apabila pulang ke sekolah masing-masing selepas kursus berakhir.

Selamat berkursus!

MEI SUDAH TIBA!

Salam to alz!

Masa berlalu begitu pantas sekali dan tanpa kita sedari bulan April telah 3 hari meninggalkan kita.  Kini bulan Mei telah menjelma.  Mungkin bagus sekiranya kita boleh membuat sedikit refleksi ke atas apa yang telah kita capai sepanjang 4 bulan dalam tahun 2010 ini.  Adakah kita sedang berada di landasan yang tepat dan betul?  Adakah kita telah membuat banyak persediaan dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang?  Adakah kita telah mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada sasaran kita untuk menyiapkan murid-murid kita dalam menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM?  Banyak sungguh soalan dan persoalannya!  Apa yang lebih penting bagi kita sebagai pendidik adalah memastikan kita memberi yang terbaik untuk anak-anak murid kita kerana itu adalah tanggungjawab yang kita pilih dan galas dengan seikhlas mungkin.

Di ruangan ini, saya ingin berkongsi satu artikel yang masuk ke dalam mailbox saya.  Selamat membaca & renung-renungkanlah...

Hi! And how are you all? The highlight of April was going to the National Achievers Congress (NAC), which is an annual ritual for me. It was not only for me to see world class speakers in action, but to also meet friends, former participants and to network. Importantly, it serves as an opportunity for me to benchmark myself against the best in the world and you know what; I know that there is still so much for me to learn and develop from a professional and personal standpoint! Although some of the speakers were not up to the NAC mark, the majority had lots of profound things to say and there was a lot that I learnt.   One of the speakers I enjoyed listening to was Robert G. Allen. During his presentation, one of the quotes which caught my attention was ‘you can never achieve anything worthwhile, if you are unwilling to step out of your comfort zone’.
You can never achieve anything worthwhile, if you are unwilling to step out of your comfort zone’
    I most certainly concur with this. All of us want to achieve success in our lives, but the problem is we also want to remain in our comfort zones and not change. This is not possible as success and comfort zones are definitely not compatible. To achieve success we have to do things that we have never done before. This is difficult for most people because we are all fearful of change and taking risks! As much as change is painful, it is however the price we have to pay to achieve success. As Albert Einstein said, “Insanity is when you do the same things and expect different results.”  

    Regardless of how comfortable you are right now in your comfort zone, you are most certainly not maximizing your potential.  Inside this zone you are safe, secure, and stable.  Inside this zone there is minimal risk and when there is no risk, there is definitely no reward.  If you are okay with this, then that is fine too, but please do not complain. I always detest people who complain about their lives but do nothing at all to improve it!

    Moving out of your comfort zone can however be embarrassing, frightening, painful, and traumatic. But it is probably the single most important step you can make towards achieving things that are worthwhile to your life. In the process, you must learn to accept the existence of fear. You must realize that fear is something that keeps you from being the person that you could be. It stops you from doing the things you would like to do and hinders you from getting the things you would like to have. You have to learn to manage this fear.

    So my advice to everyone would be, fight that fear and go there and do all those things that you have always wanted to do. Start that business, change your job, do that academic program that you have always wanted to do; In short, take that risk! You may be pleasantly surprised at the results.

Thank you for taking the time to read this. I do hope I have in a small way motivated you to take action to become a better person. Till my June newsletter, have a great month ahead and do take care.

Wednesday, April 28, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Teluk Danga simbol warisan rakyat Malaysia
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/04/28

Penggunaan bahasa asing jadikan budaya Melayu terus daif

PENGGUNAAN nama Teluk Danga dan bukan lagi 'Danga Bay' sejak kebelakangan ini, memperlihatkan bahawa masih ada pihak yang menyedari betapa pentingnya warisan Melayu itu kepada bangsa dan negara Malaysia. Syabas dan tahniah kepada pihak berkenaan.

Penggunaan bahasa asing dalam memberi nama misalnya, dilihat oleh sesetengah pihak di negara ini sebagai usaha ‘neutralisasi’.

Sebagai contoh, nama ‘Alza’ daripada bahasa Sepanyol pada kereta nasional kita, serta lain-lain daripada bahasa Inggeris, antaranya dipercayai dapat menjadikan bangsa dan negara Malaysia lebih kosmopolitan pada mata dunia, dan berjaya pula menjadikan kita warga dunia yang bebas daripada nasionalisme dan sentimen kenegaraan yang sempit.

Sebenarnya tidak, melainkan ia mengikat kita dengan satu budaya asing yang tidak pun boleh menjadikan kita hebat. Malah sebaliknya ia boleh menjadikan kita bangsa yang daif, yang sanggup meninggalkan warisan diperturunkan secara utuh oleh nenek moyang kita.

Penggunaan walaupun sepatah kata asing, lebih-lebih lagi yang tidak menjadi kata serapan dalam bahasa Melayu, langsung tidak dapat mengaitkannya dengan budaya Melayu dan kebudayaan kebangsaan.

Bahasa dan budaya berkait rapat antara satu sama lain. Sehubungan ini, bahasa Melayu dan tradisi Melayu serta rakyat Malaysia berkait rapat pada tiga aspek. Pertama, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda orang Melayu dan bahasa negara (selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi) bagi rakyat Malaysia.
Apabila kita menggunakannya, maka berlakulah rujukan secara tepat lagi sebati dengan pemikiran, pola dan cara hidup orang Melayu dan rakyat Malaysia. Sehubungan ini, kata ‘bay’ sudah tentu tidak dapat memberi rujukan tepat lagi sebati, jika dibandingkan dengan kata ‘teluk’ kepada ‘bahagian laut yang menganjur masuk ke darat’, seperti yang kita fahami.

Kedua, bahasa Melayu adalah simbol kepada tradisi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Simbol ini akan tetap dikaitkan dengan orang Melayu dan rakyat Malaysia dalam sebarang keadaan, sama ada yang positif mahupun yang negatif.

Justeru, simbol ini tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada orang Melayu dan rakyat Malaysia, walau bagaimana sekali pun kita cuba, lebih-lebih lagi secara negatif, iaitu dengan meninggalkan bahasa Melayu dan menggantikannya dengan bahasa asing. Sehubungan ini, penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks ‘Danga Bay’ dan lain-lain seperti ‘Agrobank’ dan ‘Mara Liner’, walau bagaimana mulia hasrat kita, tidak dapat menjadi simbol kepada tradisi orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Ketiga, bahasa Melayu adalah komponen penting kepada tradisi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Sehubungan itu, agak pelik kalau tradisi orang Melayu dan rakyat Malaysia, dinyatakan dan direalisasikan melalui bahasa asing, misalnya dengan penggunaan bahasa Inggeris, dalam bentuk ‘Star Hill’ kini untuk menggantikan tempat yang dahulunya dikenali sebagai ‘Bukit Bintang’.

Nama dalam bahasa Inggeris menggantikan yang dalam bahasa Melayu itu, sudah tentu bukan komponen penting dalam tradisi kita. Penggantian ini sesungguhnya adalah petanda bahawa kita dijajah semula oleh pihak asing.

Bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan adalah bahasa penting pada zaman ini. Ia adalah alat utama untuk menimba ilmu. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris adalah akses kepada pendidikan dan teknologi. Nilainya kepada kita adalah pada aspek ini saja dan tidak lebih daripada itu.

Dalam konteks kaitan antara bahasa dengan budaya, bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan adalah alat pengekalan selain penyebaran budaya Inggeris/Barat. Kita harus berwaspada mengenai hakikat ini agar tidak terperangkap dengan usaha sesetengah pihak, sama ada secara langsung sifatnya atau sebaliknya, untuk kita mengiktiraf dan sete rusnya menerima nilai-nilai budaya Inggeris/Barat itu.

Bahasa Inggeris tidak boleh sekali-kali menggantikan bahasa Melayu iaitu bahasa negara kita. Ini adalah kerana khazanah budaya Melayu adalah teras kepada kebudayaan kebangsaan, tersimpan dalam bahasa Melayu.

Sehubungan ini, bahasa Melayu bukan saja menjadi inti pati kepada tradisi dan warisan Melayu, malah juga pengalaman dan akal budi orang Melayu selaku penutur natifnya. Segala pengetahuan dan pengalaman itu terkandung dalam bahasa Melayu.

Orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung kepada bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara, untuk menyampaikan semua itu kepada generasi mendatang. Dalam hal ini, nama dalam bahasa Melayu, iaitu ‘Teluk Danga’ dan jutaan yang lain, adalah rujukan tepat, simbol dan komponen penting kepada budaya Melayu dan kebudayaan kebangsaan, khususnya dalam usaha kita mendidik generasi muda.

Nama dalam bahasa Inggeris, iaitu ‘Danga Bay’ tidak dapat dikaitkan dengan budaya Melayu dan kebudayaan kebangsaan daripada pelbagai segi. Antaranya termasuklah amalan dan tradisi serta alam unik orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Ini adalah kerana bahasa Inggeris tidak pernah mempunyai hubungan akrab dengan tradisi orang Melayu dan rakyat Malaysia kerana minda sebahagian besar kita rata-ratanya tidak pernah ada kaitan dengan budaya Inggeris/Barat.

Natijah yang ingin disampaikan di sini ialah apabila kita banyak menggunakan bahasa orang lain, dan lupa akan kaitan penting antara bahasa dengan budaya, kita akan lambat laun hilang seluruh tradisi kita, yang sebetulnya mempunyai banyak kaitan dengan sejarah, aspirasi selain kemanusiaan kita yang unik.

Dengan kata lain, kita akan hilang konsep diri sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia. Ini adalah kerana bahasa Melayu adalah sistem simbol utama bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Penulis ialah Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

SUCCESS DEPENDS ON TEACHERS

'Success depends on teachers'

2010/04/27

By Ahmad Fairuz Othman and Syed Umar Ariff
news@nst.com.my

JOHOR BARU: It is the leadership quality and creativity of its teachers more than physical infrastructure that will determine the success of a school in educating the young ones.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said such achievement by schools is given due recognition by according them with the status of "cluster school" and "high performance school".

"The Education Ministry can provide infrastructure, such as beautiful buildings, but without teachers who are dedicated and creative in educating our children, it is of no use," he said when launching the golden jubilee celebration of SMK Sultan Ismail here yesterday.

Citing the school as an example, Muhyiddin said the cluster school continues to be known for academic and co-curricular achievements after 50 years due to good leadership from its teaching staff.

"This school was awarded a cluster school status in 2008. And the principal says it is now nominated for a high performance school status. This achievement could be enjoyed by other schools, too."

Muhyiddin, who is education minister, said certain criteria needed to be met for a school to be awarded high performance status, among them academic and co-curricular successes, and having various activities that spur creativity and a culture of excellence.

He said having high performance schools would ensure that Malaysian schools' quality were on par with established institutions at a global level.

"Even if there were 20 high performance schools now, it could be increased to 30 next year and probably 100 in years to come."

He said the level of creativity in school activities could be improved as it was still at a moderate level.

"That is why we created the School Improvement Programme, in which every school is given an improvement tool kit and given a period to alleviate itself to a higher level of success."

Later, speaking at the closing of the parent-teacher association and excellence awards presentation at SK Bandar Baru Uda (2), one of the 20 that have been listed as high performance schools, Muhyiddin said the autonomy that came with the high performance status should be translated into better and creative administration.

Muhyiddin said the autonomy should not be limited to school administration alone, as principals and headmasters could be more creative in improving students' performance.

For example, Muhyiddin said subjects which saw weak performance should be given more class hours.

"Let's say if the students in a class are high scorers in English language but are weaker in science. Why not reduce the time slots for English, since they are already good at it and allocate more periods for science?"

Also present at the event was Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

DATA LINUS

Salam to alz!

I have not been updating this blog for quite some time. Writer's block, should I say.

Currently I am in Melaka with all Guru Besar from daerah Kulai. My slot was yesterday whereby I presented them with the latest information about literacy and numeracy (LINUS)in Kulai after Saringan 1. So here is the data in its simplest form.

Pemulihan LINUS 1278 (5.56%)
LINUS 1986 (38.64%)
Arus Perdana 2116 (55.80%)

Bagi literasi, ada 12 konstruk (perkara) yang diuji ke atas murid-murid tahun 1 dalam program LINUS ini. Konstruk 1 adalah mengenal dan menulis huruf vokal dan konsonan manakala Konstruk 2 pula adalah keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka (kv). Murid yang tidak melepasi 2 konstruk ini akan diletakkan di bawah kategori murid pemulihan. Murid LINUS pula adalah murid yang melepasi konstruk 3 hingga 7 dan murid yang melepasi hingga konstruk 8 dan seterusnya, mereka akan berada di arus perdana.

Jika dilihat kepada data di atas, daripada 5380 orang murid tahun 1 di daerah Kulai, ada seramai 1278(5.56%) orang yang tidak mengenal huruf vokal dan konsonan serta tidak dapat membunyikan suku kata terbuka. Memang sukar dipercayai. Walau bagaimanapun, oleh kerana ini adalah saringan pertama yang diadakan untuk program ini dan masih banyak kelemahan dalam pelaksanaan saringan, data ini mungkin tidak berapa tepat. Namun begitu, sedikit sebanyak inilah gambaran kadar literasi membaca dan menulis murid-murid tahun 1 di daerah Kulai ini.

Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh guru-guru BM dalam memastikan murid-murid ini dipulihkan sebelum Saringan 2 diadakan dalam bulan Mei dan Jun nanti. Ini adalah cabaran kepada kita semua. Matlamat utama adalah untuk memastikan apabila murid-murid ini tamat tahun 3 pada tahun 2012, mereka semua dapat menguasai menulis, membaca dan mengira. Boleh? Sudah tentu.

:.N::.M::.N:

Monday, April 12, 2010

AUDIT AKADEMIK GKMP BAHASA

Salam to alz!

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai akan mengadakan mesyuarat tersebut di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 April 2010 (Isnin)

Masa : 2.00 petang

Tempat : SMK Kulai Besar

Pengerusi : Penolong PPD Bahasa

2. Agenda mesyuarat :

2.1 Perutusan Pengerusi

2.2 Pembentangan Prestasi Terkini Mata Pelajaran Bahasa Calon PMR dan SPM 2010 oleh GKMP :

2.2.1 Matlamat Yang Ingin Dicapai – Sasaran Pencapaian (ETR) dan Unjuran MP (OTR)

2.2.2 Pencapaian Sekarang (AR)

2.2.3 Dapatan Post Mortem Ujian 1

2.2.4 Cadangan Penyelesaian Kearah Peningkatan Pencapaian

2.3 Ucapan Penutup dan Rumusan

2.4 Bersurai

3. Sila sediakan pembentangan dalam Power Point (5 minit sahaja) dan edaran hard copy untuk semua ahli mesyuarat (17 salinan).


Terima kasih!


:.N::.M::.N:

Friday, April 9, 2010

THE CHANGE WIZARDS - CHAPTER 1 PART 2

Salam to alz!

Ok, as promised I will now continue with 7 reasons why people become change-shy and suggested solutions to brave forward towards positive and productive change in the workplace.

1. It did not work in the past
Many people conveniently justified their reluctance to change by simply attributing to the fact that, what was introduced before did not work. You know like "dah buat dah dulu, tapi tak berkesan" kind of thing. People spend more time pointing to all the changes introduced that did not work rather on why things did not work and how to get things to work. The truth is, there could many reasons why certain change did not work in the past. Among other things are lack of commitment, people not aware of the benefits of the change, people not trained to implement the change, conflict of interest in the change initiative and lack of supporting resources to ensure the success of the change.

Recommended strategy: Ascertain the root causes for why the change did not work in the past and come up with a clear approach on how to overcome these difficulties. What did not work in the past need not mean it is not going to work now. Hellen Keller proves succinct point when she said "When one door closes, another opens. But we often look so long and so regretfully upon the closed doors that we do not see the one which has opened for us". The key is to recommend new ways to open a door towards change and play a persisting role to bring about positive results.

To be continued!

:.N::.M::.N:

PERANCANGAN UNIT BAHASA

Salam to alz!

Bulan April sudah hampir ke minggu ketiga. Dalam bulan April ini, antara perancangan Unit Bahasa adalah mengadakan Audit Akademik bersama guru kanan mata pelajaran sekolah-sekolah menengah daerah Kulai. Audit ini sangat penting bagi mengenalpasti setakat mana pencapaian sekolah selepas ujian pertama dijalankan. Walaupun mungkin kesahihahn keputusan boleh dipertikaikan kerana soalan ujian adalah tidak setara, tetapi sedikit sebanyak ia boleh menjadi indikator kepada arah sesebuah sekolah itu sedang menuju.

Kursus profisiensi Bahasa Inggeris bagi guru-guru bukan opsyen fasa kedua akan diadakan seperti dijadualkan dengan sedikit perubahan. Bagi guru-guru yang mengikuti kursus fasa 1 di SK Bandar Putra, kali ini mereka akan berpindah ke PLGDP Bandar Tenggara. Penginapan disediakan tetapi mereka perlu membawa bersama sarung bantal, cadar, selimut dan keperluan diri yang lain. Tarikh juga dipercepatkan sehari lebih awal iaitu bermula 19 April hingga 21 April. Bagi peserta di SMK Indahpura 1, tiada sebarang perubahan dan kursus akan berjalan seperti biasa, Insya Allah.

Selain dari itu, kursus Training of Trainers yang dijadualkan berlangsung di Hotel Selesa JB pada 13 - 16 April 2010 ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ada sedikit masalah teknikal dipihak IPG, jadi maklumat selanjutnya akan diberitahu dari masa ke semasa.

Seterusnya ialah Kursus Pendedahan P&P KOMSAS Tingkatan 1 dan 4 kepada guru-guru BM tingkatan 1 & 4 akan diadakan pada 21 April 2010. Kursus anjuran JKD BM Sekolah Menengah ini akan dijalankan oleh Panel Perunding BM daerah Kulai di SMK Bandar Putra.

Well, that's about it for April. Oh, don't forget 24th April (Saturday) is a school day - cuti ganti Hari Raya. Till then, happy teaching dear friends!

:.N::.M::.N:

Thursday, April 8, 2010

THE CHANGE WIZARDS - CHAPTER 1 PART 1

Salam to alz!

I like to read. I actually have a few books that I have been reading but have not managed to read them all until the end. However, there is this one book that I particularly like and I will share with you the content as I go along reading it. The title is "The Change Wizards - Changing People And Transforming Organisations" by Victor S.L.Tan.



The success or failure of any change depends on the ability of leaders to influence people. This requires the ability of leaders to open up to people's minds, touch their hearts and energise their spirit to take the necessary actions. Truly to be effective, leaders need to develop the knowledge and skills to the extent they become 'Change Wizards".


Why people become change-shy? In order to get people to change, leaders must first understand how people become change-shy and develop strategies to eliminate this phobia. Now, why do people in organisations become change-shy? You have to keep on reading my blog if you want to know why!

Till then, happy teaching friends!

:.N::.M::.N:

Wednesday, April 7, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH

Salam to alz!

Beberapa hari lepas saya ada menerima panggilan telefon dari SK Kangkar Pulai 2 berkenaan LINUS. Something came up and the school asked for advice. So, I went there for a while this evening to figure out what the problem is and find solution. Some parents are not happy that their children is categorised as murid LINUS. If parents understand that everything that is done is for the benefit of their children, I think they will be more receptive to changes.

By the way, modul guru dan murid LINUS telah sampai ke PPD. Walau bagaimanapun, kami diminta oleh JPN untuk tidak mengedarkannya dahulu sehingga mendapat arahan seterusnya dari KPM dan JPN. Hmmmm, the waiting game shall begin now..

:.N::.M::.N:

Tuesday, April 6, 2010

ANDA INGIN BERKURSUS?

Salam to alz!

Adalah menjadi tanggung jawab seorang pendidik untuk sentiasa meningkatkan pengetahuannya dan sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu sebagai persediaan untuk menghadapi murid-murid di dalam kelas.

Sehubungan itu, BPG dengan kerjasama JPN Johor menawarkan kursus-kursus berikut kepada guru-guru Bahasa Melayu Bukan Opsyen daerah Kulai:

1 Kursus Pemantapan Tatabahasa Dalam Pendidikan Bahasa Malaysia (Sekolah Rendah)
2
Kursus Pemantapan Tatabahasa Dalam Pendidikan Bahasa Malaysia (Sekolah Menengah)
3 Kursus Pengajaran Kesusasteraan Dalam Bahasa Malaysia (Sekolah Menengah)

Semua kursus di atas akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

1 Tarikh : 28 April 2010 - 26 Mei 2010 (4 minggu)
2 Tempat : IPG Tengku Ampuan Afzan Kuantan

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya di PPD Kulai sebelum 8 April 2010 dan maklumat yang saya perlukan adalah:

1 Nama penuh (seperti ddalam KP)
2 No KP
3 Nama dan Alamat Sekolah
4 No Tel / faks sekolah
5 Tahun yang diajar
6 Gred jawatan

Terima kasih!

p/s saya akan cuba masukkan dalam laman web PPD Kulai seberapa segera. Buat masa ini, saya masih tidak dapat melakukannya kerana masalah teknikal
m:

:.N::.M::.N:

Sunday, April 4, 2010

ALMA MATER

Salam to alz!

Hari ini saya menghabiskan waktu bersama-sama pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Terendak Melaka, maktab tempat saya belajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dalam program Career Talk. Program ini anjuran ANSARA Terendak, di mana bekas pelajar dijemput kembali ke maktab berkongsi pengalaman bersama adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendengar dan berinteraksi dengan senior-senior yang telah berjaya dalam karier masing-masing.

Saya sentiasa menyokong program seperti ini kerana sebagai seorang bekas pelajar, saya rasa saya perlu memberi semula kepada maktab yang telah banyak memberi sumbangan kepada saya. Tugas saya dalam Career Talk ini adalah memberi penerangan berkaitan dengan karier dalam bidang perguruan. Antara persepsi awal pelajar2 ini tentang tugas guru adalah ada banyak masa, kerja tak stress dan banyak cuti. Saya telah mengedarkan handout tentang tugas-tugas sebagai guru mata pelajaran, guru tingkatan dan menerangkan tentang tugas-tugas lain yang dipikul oleh seorang guru.


Pada sesi pertama, ada 25 orang pelajar yang mengikuti ceramah saya. Pada sesi kedua, tinggal 3 orang sahaja. Saya rasa mereka semua telah membuat keputusan untuk tidak menjadi cikgu selepas mendengar penerangan saya!
Kudos to ANSARA Terendak team!

:.N::.M::.N:

Thursday, April 1, 2010

IT'S APRIL!

Salam to alz!

Before we know it, March has left us and now it's already April. We are done with UPPM1 in primary schools & Ujian 1 in secondary. Academic audit for year 6 students has been completed so we pretty much know where our schools stand after UPPM1. I can say that there are lot of things we need to do to improve in order for us to achieve the ETR and subsequently achieve the elusive Top 5 spot in Johor. I am quite worried about some schools that failed to achieve their OTR1 so I hope they will put in more effort to perform better in UPPM2 especially in BM Pemahaman, BM Penulisan & BI.

I haven't seen the Form 3 & 5 students' results yet but I hope to see it by early next week so that I can digest the data and come out with something out of it. I also plan to meet all Bahasa GKMP and do academic audit with them. It is very important for all GKMPs to know and understand what is going on in their Bidang so that they can devise strategies for their schools. No schools are alike hence programs planned should cater to the needs of their students.

Till then, work smart my friends! Have fun teaching ya!

m:

:.N::.M::.N: