PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Sunday, April 4, 2010

ALMA MATER

Salam to alz!

Hari ini saya menghabiskan waktu bersama-sama pelajar-pelajar Tingkatan 5 MRSM Terendak Melaka, maktab tempat saya belajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dalam program Career Talk. Program ini anjuran ANSARA Terendak, di mana bekas pelajar dijemput kembali ke maktab berkongsi pengalaman bersama adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Program yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendengar dan berinteraksi dengan senior-senior yang telah berjaya dalam karier masing-masing.

Saya sentiasa menyokong program seperti ini kerana sebagai seorang bekas pelajar, saya rasa saya perlu memberi semula kepada maktab yang telah banyak memberi sumbangan kepada saya. Tugas saya dalam Career Talk ini adalah memberi penerangan berkaitan dengan karier dalam bidang perguruan. Antara persepsi awal pelajar2 ini tentang tugas guru adalah ada banyak masa, kerja tak stress dan banyak cuti. Saya telah mengedarkan handout tentang tugas-tugas sebagai guru mata pelajaran, guru tingkatan dan menerangkan tentang tugas-tugas lain yang dipikul oleh seorang guru.


Pada sesi pertama, ada 25 orang pelajar yang mengikuti ceramah saya. Pada sesi kedua, tinggal 3 orang sahaja. Saya rasa mereka semua telah membuat keputusan untuk tidak menjadi cikgu selepas mendengar penerangan saya!
Kudos to ANSARA Terendak team!

:.N::.M::.N:

No comments:

Post a Comment