PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Tuesday, July 6, 2010

KOPERASI

Salam to alz!

Pada 1 Julai yang lepas, saya berpeluang menghadiri majlis perasmian bilik koperasi SMK Tunku Abdul Rahman Putra.  Saya tidak berpeluang mengambil gambar kerana terlupa membawa kamera. Rasanya koperasi sekolah ini adalah antara yang terbaik di daerah Kulai.  Dengan bilangan murid melebihi 2000 orang, koperasi ini tiada masalah untuk membuat keuntungan dari hasil jualan mereka.  Pengubahsuaian bilik yang dilakukan, di biayai sepenuhnya oleh koperasi ini.

Sewaktu saya memegang jawatan guru koperasi di sekolah, saya pernah membayangkan untuk mewujudkan bank koperasi di sekolah tersebut.  Dengan bantuan beberapa guru lain, kami bersama-sama berusaha untuk mendaftarkan koperasi sekolah yang sebelum itu beroperasi sebagai sebuah kedai buku.  Namun begitu, sebelum sempat bank koperasi ditubuhkan, saya sudah pun berpindah.  sehingga sekarang, saya belum lagi mendengar ada sekolah yang ada bank koperasi. 

Bank koperasi boleh berfungsi sebagai tempat untuk murid menyimpan wang mereka.  Ia lebih kepada bentuk tabungan.  Murid boleh mengeluarkan wang ini apabila mereka ingin membeli keperluan sekolah pada awal tahun. 

Oh, pada majlis itu kami dijamu sate, makaroni, kek coklat yang dibuat sendiri oleh puan Pengetua, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih.  kenyang sungguh, syukur alhamdulillah. ; )

NMN

No comments:

Post a Comment