PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Thursday, September 2, 2010

SUDAH DALAM MOOD HARI RAYA?

Salam to alz!

Nampaknya ramai yang sudah dalam mood hari raya.  Apatah lagi dengan lagu-lagu hari raya yang malar segar mula berkumandang di corong-corong radio menggamit memori indah hari raya.

Dalam kita bergembira di hari raya yang bakal menjelma ini, jangan kita lupa sebaik sahaja naik persekolahan selepas bercuti, anak-anak kita di tahun enam akan  menghadapi UPSR.  Di musim percutian ini, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengekalkan momentum belajar anak-anak ini. Jika sepanjang masa anak-anak beada di sekolah guru-guru telah memberi bimbingan yang sewajarnya, maka di musim cuti ini ibu bapa pulalah yang sepatutnya menggalas tugas membimbing pelajaran anak-anak.

Oh ya, keputusan peperiksaan percubaan PMR telah ada di tangan saya.. Bagaimana prestasi murid-murid kita?  Bagi subjek bahasa, ada beberapa perkara yang membimbangkan kita.  Apakah perkara itu?  Tunggu saya buat analisis terperinci lebih dulu ya. ; )

Buat semua rakan-rakan guru di daerah Kulai, Eid Mubarak!

NMN