PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Tuesday, March 30, 2010

JUST TO SHARE

Salam to alz!

Just to share this with you. Happy reading!

Dear Everyone,

Hi! And how are you all? March was a good and ‘not so good’ month. Good in relation to business as I was busy, but ‘not so good’ because I think Arsenal has just lost out on the English Premier League title after drawing with Birmingham. I was gutted when I saw Kevin Phillips score the last minute equalizer. I was hoping for a great finale to the title race with three teams in it. Unfortunately, only two are realistically in it now. I know I will not make Arsenal fans happy, but I am just being realistic. However I must admit that I do believe in miracles, especially at the end of the season!!!

I subscribe to a lot of on line mail i.e. motivational ones and I received one just two days ago which I thought was awesome. It was a quote from a guy called Paul Sims (I do not know who he is and an internet search did not reveal much either). Whatever, his quote was brilliant.

The quote was, “The responsibility for maintaining good performance is the employee's, not the manager's. The manager's job is to point out the discrepancy – the employee's job is to fix it.” - Paul Sims

I cannot but agree wholeheartedly with the above quote. Many people think that it is the responsibility of their superior to manage their performance. Yes, it is to a certain extent, like coaching you, advising you, counseling you etc. Always treat this as a bonus. At the end of the day, the onus of developing and improving is the full responsibility of the employee, full stop. This is especially so when we have between 6-10 superiors in our career span who may all think differently about our development. In that context, I must admit that I always get annoyed when people come up to me and say things like:

“I have not developed at all because my manager is doing nothing about it”

“My manager has no development plan for me”.

My view on the above statements is that these people are just taking the easy way out. They are trying to justify their lack of career success by simply putting the blame on their superiors. My stand on this matter is very simple. Why put something as important as your career success and fate in other people’s hands. Why can’t you take personal development as your primary career responsibility? I assure you that once you have decided to adopt this philosophy, you will get the opportunity to see and watch your career progress and grow beyond your own expectations, which will be very, very fulfilling indeed!!

Some simple ways to develop yourself are as follows:

a. Set career goals for yourself. You will be pleasantly surprised at what written goals can do for you in terms of motivation and direction.

b. Make it a personal goal to go for as many training courses as possible. Training allows you to see things from different perspectives and will most certainly give you added skills.

c. Mix with high performers. Their attitudes and know how will definitely cascade on to you.

d. Read and listen to motivational books and tapes. What better way to start the day than to listen to a Jack Canfield or Anthony Robbins motivational tape, as you drive to work.

e. Most important - Inculcate an attitude that you and only you are responsible for your career success.

Thank you for taking the time to read this. I do hope I have in a small way motivated you to take action to become a better person.


:.N::.M::.N:

Wednesday, March 24, 2010

KURSUS TRAINING OF TRAINERS

Salam to alz!

I am currently in Hotel Selesa JB. Ten English teachers from secondary and primary schools in Kulai (the others are from Pasir Gudang) are involved in this course beginning yesterday until 26th March 2010. Well, I must say that they are the lucky lot. The room is big (they actually occupy only 1/3 of the room). Just like their BM friends, they are also expected to carry out in house training in their respective schools and help the district as well. So, here are some pictures of them. Check it out.



:.N::.M::.N:

DATA SARINGAN 1 LINUS

Salam to alz!

Hari ini kita telah mendapat berita tentang data saringan 1 LINUS perlu dimasukkan dalam laman web NKRA. Untuk makluman semua, sebenarnya kita masih belum mendapat arahan rasmi tentang ini. Walau bagaimanapun, saya telah berjaya masuk ke laman web ini dan dengan menggunakan ID sebuah sekolah, saya dapat melihat apakah item-item yang perlu diisi oleh penyelaras LINUS.

Ada beberapa perkara yang saya rasa kurang tepat dalam pengisian data ini. Yang pertama adalah penetapan konstruk yang menentukan murid berada dalam kelas LINUS, pemulihan LINUS dan kelas arus perdana. Bagi literasi, ada 2 ketetapan yang berbeza. Muka pertama menunjukkan murid yang lepas konstruk 3 - 7 akan masuk ke kelas LINUS sedangkan di muka kedua (selepas diklik pada pensil di sebelah kanan muka pertama itu), menunjukkan konstruk 3 - 9.

Perkara yang kedua ialah tidak diberitahu data yang perlu dimasukkan itu adakah data literasi membaca atau literasi menulis. Kedua-dua saringan membaca dan menulis telah dijalankan. Ada murid yang lepas literasi membaca tetapi tidak lepas literasi menulis. Pengisian data tidak jelas.

Saya akan cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan saya ini. Sementara itu, kepada sekolah-sekolah yang masih belum menghantar data LINUS kepada saya (yang menggunakan borang itu) segeralah berbuat demikian kerana kita sudah tidak sabar nak tahu berapa ramaikah murid LINUS berada di daerah kita ini...

m:


:.N::.M::.N:

Tuesday, March 23, 2010

KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA

Salam to alz!

Pagi ini, 23 Mac 2010 sehingga 25 Mac 2010, 25 orang guru BM sekolah rendah akan menjalani kursus pemantapan tatabahasa dalam pengajaran BM. Kursus ini anjuran IPGTI JB dan JPN Johor. Hanya 25 orang sahaja yang dipilih untuk mengikuti kursus ini (jika boleh kita mahu semua sekolah ada wakil dalam kursus ini tapi tidak berdaya kerana peruntukan terhad). Selepas kursus ini tamat, guru-guru ini perlu mengadakan in-house training di sekolah masing-masing dan juga akan diminta untuk membantu sekolah-sekolah lain dalam memantapkan tatabahasa mereka.



:.N::.M::.N:

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!

Salam to alz!

Keputusan SPM telah diumumkan pada minggu lepas.

Bagaimana keputusan daerah Kulai?

1 Bagi Bahasa Melayu, dari segi gred purata mengikut daerah, antara 10 daerah dalam negeri Johor, Kulai berada di tempat ke 10. TETAPI, GPMP kita telah meningkat sebanyak 0.58, daerah kedua tertinggi selepas Segamat (0.92 - mesti ambil tahu bagaimana mereka melakukannya). Jika tahun 2008 GPMP BM adalah 5.64, tahun 2009 mencatatkan 5.04. Harap-harap tahun 2010, Kulai akan dapat keluar dari angka 5 dan bersama bersaing dalam liga angka 4.

2 Bahasa Ingeris, GPMP Kulai juga meningkat dari 6.75 pada 2008 kepada 6.62 pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyal 0.13. Namun begitu, kita masih juga di tempat ke 10.

3 Bagi Kesusasteraan Melayu, penurunan GPMP agak signifikan iaitu sebanyak 0.36. GPMP menurun dari 7.10 kepada 7.46. Begitu juga dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Cina menurun sebanyak 0.48 (5.05 kepada 5.53), manakala Bahasa Tamil sebanyak 0.26 (4.29 kepada 4.55).

Prestasi sekolah?

Saya sebenarnya sangat berbangga dengan pencapaian SMK Kulai Besar dengan pencapaian BM mereka.(saya rasa mereka perlu buat satu banner yang sangat besar & digantung di luar pagar sekolah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang pencapaian besar mereka ini). Saya ucapkan tahniah kepada Pengetua, semua GPK, GKMP Bahasa, Ketua Panitia BM & semua guru-guru BM yang mengajar dari Peralihan hingga ke Tingkatan 5 kerana saya percaya mereka semua ada sumbangan dengan kejayaan ini. Dengan peningkatan sebanyak 1.94, GPMP sekolah meningkat dari 6.89 kepada 4.95, ia kejayaan yang sangat bermakna kepada sekolah ini.

Secara keseluruhannya, daripada 16 buah sekolah menengah, hanya sebuah sekolah sahaja yang mencatatkan kemerosotan. Tahniah kepada semua sekolah, terutamanya kepada SMPKV Indahpura kerana mencatat peningkatan GPMP sebanyak 0.20.

Bagi Bahasa Inggeris, 12 sekolah meningkat (termasuk SMPKV Indahpura 0.50) manakala 4 buah sekolah merosot. Peningkatan prestasi paling tinggi ialah SMK Bandar Tenggara 2 (1.44).

Kesimpulannya, perjalanan Kulai kearah kecemerlangan akademik adalah masih jauh. Masih banyak yang perlu dan boleh dilakukan bagi membuktikan bahawa Kulai juga boleh cemerlang sebagaimana daerah yang lain. Saya pasti, guru-guru di daerah pendidikan Kulai akan sentiasa berusaha bagi memastikan kejayaan anak-anak didik mereka dalam bidang akademik dan bidang-bidang yang lain. Kulai boleh!

m:

:.N::.M::.N:

Monday, March 22, 2010

PERTUKARAN TEMPAT KURSUS BM SEKOLAH RENDAH

Salam to alz!

Ok confirm! Kursus pemantapan tatabahasa guru BM sekolah rendah ditukar tempat dari SK Sedenak ke PLGDP Bandar Tenggara.

tq

:.N::.M::.N:

Thursday, March 18, 2010

KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA DALAM P&P BM

Salam sekali lagi!

BPG dengan kerjasama JPN Johor akan mengadakan kursus Pemantapan Tatabahasa Dalam P&P BM kepada guru-guru sekolah rendah bermula 23 - 25 Mac 2010. Surat telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah yang berkenaan. Hanya 25 orang guru sekolah rendah yang akan terlibat. Guru-guru ini akan mengadakan in-house training kepada guru-guru lain di sekolah masing-masing selepas kursus berakhir. Ini amat penting kerana ilmu yang diperolehi perlu dikongsi bersama.

Cuma ada satu masalah kecil..Tempat kursus yang dipilih ialah SK Sedenak. Kemungkinan tempat akan ditukar ke tempat lain kerana SK Sedenak berdepan dengan masalah air yang serius..Jadi sebarang pertukaran akan dimaklumkan dengan segera kepada peserta kursus melalui sistem gerak cepat.

TQ


:.N::.M::.N:

KUTIPAN DATA SARINGAN 1 LINUS

Salam to alz!

Dalam apa jua aktiviti atau program yang dijalankan, kutipan data tidak dapat dielakkan. Something that none of us like to do. Whether we like it or not, we have to do it because it is part and parcel of our job.

Ok. Seiring dengan PROTIM, kutipan data LINUS bagi literasi BM sedang berjalan (even though the deadline is long dead). Belum ada maklumat terkini tentang data yang perlu dimasukkan dalam laman web KPM. Namun begitu, saya telah menyediakan borang (yang boleh diakses di laman web PPD Kulai) sebagai langkah awal mengumpul data Saringan 1 LINUS.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah berikut kerana telah menghantar data Saringan 1 LINUS Literasi BM:
1 SK Kulai
2 SK Ladang Fraser
3 SK KAngkar Pulai
4 SKF Bukit Besar
5 SKF Inas
6 SK Sayong Pinang
7 SK Kota Kulai
8 SK Senai Utama
9 SK TAman Kota Kulai 2
10 SK KAngkar Pulai 2
11 SK Indahpura 2
12 SK Bandar Putra
13 SJKC Bemban
14 SJKC SAwit
15 SJKC Sedenak
16 SJKC Sengkang
17 SJKC Ching Yeh
18 SJKC Kulai 2
19 SJKC Saleng
20 SJKC Senai
21 SJKC Woon Hwa
22 SJKT Ladang Kelan
23 SJKT Ladang Kulai Oil Palm.

Sekolah yang belum hantar, sila hantar sebelum 23 Mac 2010. Sekiranya tiada murid LINUS atau LINUS tegar, sila hantar / faks borang kosong kepada saya.

TQ!

:.N::.M::.N:

KUTIPAN DATA PRAUJIAN PROTIM BM & MATHS TAHUN 4 & 5

Salam to alz!

Saya tak pasti berapa ramai yang membaca blog saya ini. Saya harap agar ramai penyelaras PROTIM dan LINUS akan melawat blog saya bagi mendapatkan maklumat terkini kerana cubaan saya menghantar artikel dalam laman web PPD Kulai menemui jalanbuntu sejak beberapa hari yang lalu.

Kutipan data praujian PROTIM Tahun 4 & 5 sepatutnya telahpun diselesaikan oleh semua sekolah. Penghantaran data kepada saya sepatutnya berakhir pada 15 Mac 2010. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar data. Namun begitu, ada juga data yang dihantar tidak dapat dibuka kerana dihantar dalam format .mdb atau .mde dan bukannya format .txt.

Berikut adalah fail-fail yang saya perlukan untuk digabung:
1 SekPro.txt
2 DatPro.txt
3 SekPro5.txt
4 DatPro5.txt

Sila pastikan bahawa data BM & Maths berada dalam satu fail dan tidak diasingkan.

Saya perlukan data segera daripada sekolah-sekolah berikut sebelum 23 Mac 2010:
1 SK Kulai
SK Ayer Manis
3 SKF Bukit Batu
4 SKF Bukit Permai
5 SK Sedenak
6 SK Senai
7 SKF Sg Sayong
8 SKF Bukit Ramun
9 SKF Pengeli Timur
10 SK Sayong Pinang
11 SK Taman Sri Pulai
12 SK Sri Gunung Pulai
13 SK Kota Kulai
14 SK Taman Muhibah
15 SK Taman Kota Kulai 2
16 SJKC Sawit
17 SJKC Saleng
18 SJKC Seelong
19 SJKC Senai
20 SJKT Ladang Kulai Besar
21 SJKT Ladang Kulai Oil Palm
22 SJKT Ladang Sedenak

TQ

p/s sekiranya sekoah tiada murid PROTIM, sila maklumkan kepada saya secara bertulis ya.

:.N::.M::.N:

Thursday, March 4, 2010

SARINGAN 1 LINUS DI SK TAMAN KOTA KULAI 2

Salam to all.

Pagi ini saya telah membuat pemantauan Saringan 1 LINUS di SK Taman Kota Kulai 2.


Murid-murid sedang menduduki Saringan Literasi Menulis.

Ini yang ditulis murid ini...






Keseluruhannya, proses saringan berjalan lancar. Keputusannya akan diproses dan penentuan murid arus perdana, murid LINUS dan murid LINUS tegar akan dibuat selepas ini.


:.N::.M::.N:

Tuesday, March 2, 2010

KURSUS PROFISIENSI BAHASA INGGERIS UNTUK GURU

Salam to all.

Kursus profisiensi untuk guru-guru bukan opsyen Bahasa Inggeris Fasa 1 telah bermula hari ini sehingga 4 Mac. Segalanya berjalan lancar walaupun ada sekolah yang 'terlepas pandang' surat panggilan kursus jadi tidak mengarahkan guru mereka pergi kursus, ada guru yang tidak lagi mengajar Bahasa Inggeris pada tahun ini dan sebagainya.

But, all in all, as far as today is concerned, everything goes smoothly, Alhamdulillah. Four lecturers from IPTI are involved - Pn Lailatul, Pn fauziah, Mdm Kan & a dear friend of mine, Pn Santhanamary. Hope our teachers will benefit from this course and will utilise the knowledge in their classrooms.

m:

:.N::.M::.N: