PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Saturday, July 24, 2010

PRESTASI KITA...ini dia

Salam to alz!

Maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengepos tentang prestasi calon-calon PMR dan SPM dalam subjek bahasa ini.

Those who are interested can follow this link:
http://www.kulaijaya.net

..dan rujuk dalam Prestasi Subjek Bahasa PMR dan SPM sehingga peperiksaan pertengahan tahun 2010. 

Hasil daripada pencapaian ini, Unit Bahasa PPD Kulai akan mula bergerak ke sekolah-sekolah yang prestasinya kurang memberansangkan.  Dalam minggu ini 3 sekolah telah dilawati dan 3 sekolah lagi akan dilawati pada minggu hadapan.  Sepanjang lawatan ke sekolah, kami akan mencerap guru-guru yang mengajar subjek BM dan BI tingkatan 3 dan 5 (seberapa ramai yang boleh) bagi melihat dan memberi pandangan cara untuk menambah baik proses p&p di dalam kelas.

Melihat kepada prestasi murid sehingga peperiksaan ini (AR2), apa yang boleh dikatakan tidak ada sebuah sekolah pun mencapai OTR2 yang disasarkan - baik OTR2 sekolah mahupun OTR2 yang disasarkan oleh PPD dalam mana-mana subjek.  Apa yang pasti, kebanyakan sekolah masih jauh lagi dari ETR mereka sedangkan cuma tinggal satu percubaan sahaja lagi sebelum PMR atau SPM yang sebenar. 

Sekolah khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut seharusnya sudah tahu siapakah murid yang masih belum mencapai ETR mereka.  Seharusnya juga, guru sudah pun punyai strategi bagaimana untuk menangani calon-calon ini bagi memastikan pencapaian cemerlang akan bersama mereka.  Strategi bagi murid-murid yang berada dalam braket markah 30 - 39 tentulah tidak sama dengan strategi bagi murid yang berada pada braket  20 - 29 contohnya.  Adalah penting bagi guru untuk memberikan fokus yang sewajarnya kepada mereka dan pada masa yang sama tiidak lupa membantu murid yang berada pada braket markah bawah 10.

Kami di PPD Kulai sentiasa memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan guru di sekolah.  Ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus memastikan kejayaan murid-murid di daerah Kulaijaya ini.  Semoga usaha kita semua diberkati Allah swt..

NMN

Friday, July 16, 2010

PRESTASI KITA...

Salam to alz!

Bagaimana prestasi murid-murid kita sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu?  Baik atau sebaliknya?
Semalam kita telah mengadakan audit akademik peperiksaan pertengahan tahun calon PMR dan SPM. 
Unjuran kita (OTR2) bagi calon PMR : BM 80.4%, BI 70.71%, BA 93.11%, BC 90.58% dan BT 89.47%.Bagi SPM pula : BM72.36, BI 67.4%, KM 56.06, BA 83.22, BC 84.82% dan BT 85.6%.

Prestasi kita? Nanti ya..

Tuesday, July 6, 2010

KOPERASI

Salam to alz!

Pada 1 Julai yang lepas, saya berpeluang menghadiri majlis perasmian bilik koperasi SMK Tunku Abdul Rahman Putra.  Saya tidak berpeluang mengambil gambar kerana terlupa membawa kamera. Rasanya koperasi sekolah ini adalah antara yang terbaik di daerah Kulai.  Dengan bilangan murid melebihi 2000 orang, koperasi ini tiada masalah untuk membuat keuntungan dari hasil jualan mereka.  Pengubahsuaian bilik yang dilakukan, di biayai sepenuhnya oleh koperasi ini.

Sewaktu saya memegang jawatan guru koperasi di sekolah, saya pernah membayangkan untuk mewujudkan bank koperasi di sekolah tersebut.  Dengan bantuan beberapa guru lain, kami bersama-sama berusaha untuk mendaftarkan koperasi sekolah yang sebelum itu beroperasi sebagai sebuah kedai buku.  Namun begitu, sebelum sempat bank koperasi ditubuhkan, saya sudah pun berpindah.  sehingga sekarang, saya belum lagi mendengar ada sekolah yang ada bank koperasi. 

Bank koperasi boleh berfungsi sebagai tempat untuk murid menyimpan wang mereka.  Ia lebih kepada bentuk tabungan.  Murid boleh mengeluarkan wang ini apabila mereka ingin membeli keperluan sekolah pada awal tahun. 

Oh, pada majlis itu kami dijamu sate, makaroni, kek coklat yang dibuat sendiri oleh puan Pengetua, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih.  kenyang sungguh, syukur alhamdulillah. ; )

NMN

Thursday, July 1, 2010

GATE CHAT

Salam to alz!

I was talking to my neighbour just now - standing by my gate.  Women, when they talk, they can cover a lot of topics - kids, school, technology, astro, house renovation, football etc etc - all within an hour span, standing.  That was what we did.  We decided to end the conversation when we saw the jaga on motorbikes came with their torchlights. 

The conclusion - one of these days we should go to watch World Cup Semi Finals at kedai mamak because we kept falling asleep while watching at home.  Nice.

NMN

DI BULAN JULAI INI...

Salam to alz!

Keputusan keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun murid Tingkatan 3 dan 5 telah berada di tangan saya.  Saya belum menganalisis secara terperinci keputusan ini khususnya bagi mata pelajaran BM dan BI.  Sekali imbas, saya nampak potensi untuk peningkatan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

Audit akademik akan diadakan bersama Guru Kanan Bahasa pada minggu depan.  Audit seperti ini sangat penting kerana GKMP Bahasa perlu sedar di mana kedudukan murid mereka dan apakah tindakan segera yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan prestasi murid-murid ini sebelum terlambat.  Saya harap GKMP telah pun faham sepenuhnya tentang headcount kerana setiap perkara yang dibentangkan perlu disokong dengan data.  Dan saya harap mereka semua telah bersedia dengan jawapan-jawapan yang sewajarnya..

Kursus profisiensi guru-guru Bahasa Inggeris bukan opsyen fasa 3 telah berakhir pada hari ini.  Fasa terakhir akan diadakan pada bulan Ogos nanti.  Selain dari itu, kursus peningkatan profesionalisma dalam penandaan bagi guru Bahasa Inggris SJKC akan diadakan pada 7 Julai di STARP.  Kursus ini adalah dengan kerjasama JPNJ.  Kursus TOT fasa akhir juga akan diadakan dalam bulan Julai ini di Tg Puteri Resort Pasir Gudang.

Semoga semuanya akan berjalan lancar dan mengikut jadual : )

NMN