PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Friday, April 9, 2010

PERANCANGAN UNIT BAHASA

Salam to alz!

Bulan April sudah hampir ke minggu ketiga. Dalam bulan April ini, antara perancangan Unit Bahasa adalah mengadakan Audit Akademik bersama guru kanan mata pelajaran sekolah-sekolah menengah daerah Kulai. Audit ini sangat penting bagi mengenalpasti setakat mana pencapaian sekolah selepas ujian pertama dijalankan. Walaupun mungkin kesahihahn keputusan boleh dipertikaikan kerana soalan ujian adalah tidak setara, tetapi sedikit sebanyak ia boleh menjadi indikator kepada arah sesebuah sekolah itu sedang menuju.

Kursus profisiensi Bahasa Inggeris bagi guru-guru bukan opsyen fasa kedua akan diadakan seperti dijadualkan dengan sedikit perubahan. Bagi guru-guru yang mengikuti kursus fasa 1 di SK Bandar Putra, kali ini mereka akan berpindah ke PLGDP Bandar Tenggara. Penginapan disediakan tetapi mereka perlu membawa bersama sarung bantal, cadar, selimut dan keperluan diri yang lain. Tarikh juga dipercepatkan sehari lebih awal iaitu bermula 19 April hingga 21 April. Bagi peserta di SMK Indahpura 1, tiada sebarang perubahan dan kursus akan berjalan seperti biasa, Insya Allah.

Selain dari itu, kursus Training of Trainers yang dijadualkan berlangsung di Hotel Selesa JB pada 13 - 16 April 2010 ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ada sedikit masalah teknikal dipihak IPG, jadi maklumat selanjutnya akan diberitahu dari masa ke semasa.

Seterusnya ialah Kursus Pendedahan P&P KOMSAS Tingkatan 1 dan 4 kepada guru-guru BM tingkatan 1 & 4 akan diadakan pada 21 April 2010. Kursus anjuran JKD BM Sekolah Menengah ini akan dijalankan oleh Panel Perunding BM daerah Kulai di SMK Bandar Putra.

Well, that's about it for April. Oh, don't forget 24th April (Saturday) is a school day - cuti ganti Hari Raya. Till then, happy teaching dear friends!

:.N::.M::.N:

No comments:

Post a Comment