PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Tuesday, June 29, 2010

Saya Kembali!

Salam to alz!
Wah! Lama sungguh saya meninggalkan laman ini.  Sebulan lebih juga saya membiarkannya dipenuhi sesawang.  Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun ini.  Antaranya adalah penstrukturan baru di PPD di mana kami menerima kehadiran ramai pegawai yang baharu.  Oleh kerana ruang pejabat sempit, maka partition antara ruaang kerja pegawai telah dikeluarkan bagi memuatkan meja dan kerusi buat pegawai-pegawai baharu.  Nampaknya keadaan ini dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini di mana bangunan baharu PPD Kulai dijangka siap Disember ini. (We all pray for that even though now we only see the skeleton of the building & for the untrained eyes like mine, the progress is so sloooooowww!)

Selain dari itu, Unit Bahasa juga telah 'berkembang' dengan kehadiran 2 orang pegawai iaitu Pn Anita sebagai Penolong PPD Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah) dan Cik Nurul sebagai Penolong PPD Bahasa Melayu (Sekolah Rendah).  Saya kini memegang jawatan sebagai Penolong PPD Bahasa Melayu (Sekolah Menengah).  Dengan kehadiran mereka, dapatlah kami memberi lebih fokus kepada program-program yang dijalankan di sekolah dan dapat membuat pemantauan dengan lebih kerap.  Hanya Unit Bahasa sahaja yang semua pegawainya wanita.  Cool isn't it? : )

 NMN

No comments:

Post a Comment