PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Wednesday, June 30, 2010

HARI TERAKHIR BULAN JUN

Salam to alz!

Tanpa kita sedari, masa begitu pantas meninggalkan kita.  Sedar tak sedar, kita telah melalui 6 bulan dalam tahun 2010 ini.

Sepanjang bulan Jun ini, semua sekolah rendah sepatutnya telah melaksanakan Saringan 2 LINUS.  Pengisisan markah dalam laman web NKRA akan bermula 12 Julai ini sehingga 24 Julai.  Bagaimana prestasi murid-murid LINUS ini di sekolah?  Adalah diharapkan daerah Kulai akan dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan.  apa yang penting, di akhir 2012, tiada lagi murid dalam batch Tahun 1 tahun ini yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Data UPPM2 bagi sekolah rendah juga telah berada di tangan saya.  Tidak banyak perubahan yang berlaku dan banyak perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai Epected Targeted Rate (ETR) yang ditetapkan.  Saya bimbang dengan sekolah-sekolah yang masih terlalu jauh dari sasaran yang ditetapkan.  Apa pun, saya percaya semua sekolah sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Teruskan usaha anda dan semoga kejayaan akan bersama kita!

NMN

No comments:

Post a Comment