Salam to alz!
Maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengepos tentang prestasi calon-calon PMR dan SPM dalam subjek bahasa ini.
Those who are interested can follow this link:
http://www.kulaijaya.net
..dan rujuk dalam Prestasi Subjek Bahasa PMR dan SPM sehingga peperiksaan pertengahan tahun 2010.
Hasil daripada pencapaian ini, Unit Bahasa PPD Kulai akan mula bergerak ke sekolah-sekolah yang prestasinya kurang memberansangkan. Dalam minggu ini 3 sekolah telah dilawati dan 3 sekolah lagi akan dilawati pada minggu hadapan. Sepanjang lawatan ke sekolah, kami akan mencerap guru-guru yang mengajar subjek BM dan BI tingkatan 3 dan 5 (seberapa ramai yang boleh) bagi melihat dan memberi pandangan cara untuk menambah baik proses p&p di dalam kelas.
Melihat kepada prestasi murid sehingga peperiksaan ini (AR2), apa yang boleh dikatakan tidak ada sebuah sekolah pun mencapai OTR2 yang disasarkan - baik OTR2 sekolah mahupun OTR2 yang disasarkan oleh PPD dalam mana-mana subjek. Apa yang pasti, kebanyakan sekolah masih jauh lagi dari ETR mereka sedangkan cuma tinggal satu percubaan sahaja lagi sebelum PMR atau SPM yang sebenar.
Sekolah khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut seharusnya sudah tahu siapakah murid yang masih belum mencapai ETR mereka. Seharusnya juga, guru sudah pun punyai strategi bagaimana untuk menangani calon-calon ini bagi memastikan pencapaian cemerlang akan bersama mereka. Strategi bagi murid-murid yang berada dalam braket markah 30 - 39 tentulah tidak sama dengan strategi bagi murid yang berada pada braket 20 - 29 contohnya. Adalah penting bagi guru untuk memberikan fokus yang sewajarnya kepada mereka dan pada masa yang sama tiidak lupa membantu murid yang berada pada braket markah bawah 10.
Kami di PPD Kulai sentiasa memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan guru di sekolah. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus memastikan kejayaan murid-murid di daerah Kulaijaya ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah swt..
NMN
No comments:
Post a Comment