PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Sunday, August 15, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Salam to alz!

Keputusan peperiksaan percubaan UPSR (UPPM3) telah dikeluarkan.  Bagimana prestasi kita?
Bagi Pemahaman (SK), kita telah mencapai 95.54%.   Daripada 32 buah sekolah, hanya sebuah sekolah sahaja yang tidak melepasi 90%  (89.22%).  Antara sekolah yang mendapat 100% ialah SK Sayong Pinang, satu-satunya sekolah murid asli di daerah Kulai ini.  Di sekolah ini, 14 calon telah mendaftar tetapi hanya 5 orang sahaja yang hadir dan semua mereka yang hadir lulus dengan seorang mendapat A.

Bagi Penulisan (SK), kita telah mencapai 92.4% dan hanya 2 buah sekolah sahaja yang berada di bawah paras 80%.  Kedua-dua buah sekolah ini mendapat 76.47% (6 calon mendapat D, 2 calon E) dan 60% (2 calon D).

Bahasa Inggeris (SK) pula, pencapaian kita hanya memuaskan sahaja di mana kita mencapai 79.54%.  Lima buah sekolah berada di bawah 70%.  Daripada 5 buah sekolah ini,4 daripadanya berada di antara 60 - 69% manakala sebuah sekolah hanya mencapai 20% sahaja.

Di sekolah jenis kebangsaan (SJK), bagi kertas Pemahaman, 65.3% telah menguasai.  Namun begitu, daripada 19 buah sekolah, 4 buah sekolah berada di bawah 60% dan sebuah sekolah hanya mencapai 38.71%.

Bagi Penulisan (SJK), 63.02% telah menguasai.  Tiga buah sekolah berada di antara 50 -59% manakala 2 buah sekolah masing-masing berada pada 48.39% dan 35%. 

Bagi Bahasa Inggeris pula, kita telah mencapai 72.53%.  Semua sekolah telah melepasi tahap 60% di mana prestasi paling rendah adalah 61.29% dan paling tinggi adalah 86.36%.

Begitulah serba sedikit tentang prestasi peperiksaan percubaan UPSR sekolah-sekolah di daerah Kulaijaya ini. Di bulan-bulan terakhir sebelum UPSR yang sebenar, sekolah seharusnya telah berada pada fasa final bagi membuat pecutan yang terakhir.  Guru-guru sewajarnya telah mengenalpasti siapakah murid mereka yang perlu dibantu bagi memastikan mereka dapat mencapai keputusan yang sewajarnya.

Bermula minggu hadapan, selama 2 minggu, pegawai-pegawai di Unit Akademik akan bergerak ke semua SJK di daerah Kulai bagi memantau program yang dilaksanakan oleh sekolah selepas peperiksaan percubaan UPSR ini.  Antara aspek yang akan dilihat adalah pelaksanaan dan kesesuaian program.  Apa yang diharapkan adalah sekolah telah membuat perancangan yang rapi khususnya bagi murid-murid yang berada pada tahap GALUS bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.

Buat rakan-rakan guru di sekolah, kita mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha cikgu membimbing murid-murid kita di sekolah.  Sentiasalah kita ingat bahawa setiap anak dilahirkan dengan kejayaan jadi janganlah kita menjadi orang yang menggagalkannya.  Berusahalah kerana setiap usaha yang kita lakukan, insyaAllah, akan mendapat ganjaran sewajarnya di dunia dan di akhirat.

NMN

No comments:

Post a Comment