PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Monday, April 4, 2011

...Kisah TOM dan PATI

Salam to alz!

Ini kisah Tom dan Pati.

Tom, seekor kucing hitam jantan yang merasakan rumah kami adalah rumahnya.  Dia telah diangkat menjadi sebahagian dari ahli keluarga ini oleh suami saya.  Maka, makan minum Tom dijaga oleh sekalian ahli rumah ini.

Pati, seekor kucing betina yang tiba-tiba mendatang di rumah ini.  Sebab itu diberi nama Pati (Pendatang asing Tanpa Izin).  Kami tidak pernah memberi Pati makan.  Tom yang selalu beri Pati makan.  Apabila makanan Tom diletakkan dalam bekas, Tom akan makan separuh.  Kemudian lebihannya akan dimakan oleh Pati.

Pada waktu lapang, Pati suka duduk di bawah kereta.  Pati akan segera lari kalau kami mendekatinya.  Dia tak manja macam Tom.

Satu hari, sewaktu suami saya mengundurkan kereta, beliau terlanggar kaki Pati.  Terhencut-hencut Pati lari.  Sejak itu kelibat Pati tak pernah kelihatan lagi. Suami saya mengesyaki Pati cedera dan mungkin menghilangkan diri buat sementara waktu. 

Tidak lama selepas itu, kami mula menghidu bau yang tak menyenangkan di hadapan rumah.  Pelbagai teori mula muncul.  Mungkin Pati terjatuh ke dalam longkang di depan rumah dan mati di sana.  Seminggu selepas itu, banyak langau mula muncul di kawasan tong sampah.  Teori yang timbul adalah pereputan bangkai mula berlaku, ulat bangkai sedah menjadi langau (mcm CSI).  Mungkin juga sebab MPKu lambat mengangkat sampah maka ada banyak langau.  Tapi tak pernah ada langau yang begitu banyak sebelum ini.

Hari Sabtu lepas, sewaktu membersihkan kawasan 'shrubs'di sekitar tong sampah di depan rumah, suami saya telah terjumpa bulu yang disyaki milik Pati.  Tulang banyak yang sudah reput.  Mungkin sewaktu dalam kesakitan, Pati cuba meminta tolong.  Tetapi, agaknya kakinya tersangkut di antara pokok-pokok yang ada di depan rumah kami.  Riwayat Pati berakhir di situ.

Begitulah berakhirnya kisah Pati.  Maka, misteri kehilangan Pati telah selesai.

NMN

Terkini - Tom masih belum diberitahu tentang penemuan bangkai Pati.  Saya rasa dia akan dapat menerimanya kerana dia seekor kucing yang tabah dan kuat (kalau tidak, tak kan badannya penuh dengan parut hasil pergaduhan)

No comments:

Post a Comment