PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Tuesday, March 23, 2010

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!

Salam to alz!

Keputusan SPM telah diumumkan pada minggu lepas.

Bagaimana keputusan daerah Kulai?

1 Bagi Bahasa Melayu, dari segi gred purata mengikut daerah, antara 10 daerah dalam negeri Johor, Kulai berada di tempat ke 10. TETAPI, GPMP kita telah meningkat sebanyak 0.58, daerah kedua tertinggi selepas Segamat (0.92 - mesti ambil tahu bagaimana mereka melakukannya). Jika tahun 2008 GPMP BM adalah 5.64, tahun 2009 mencatatkan 5.04. Harap-harap tahun 2010, Kulai akan dapat keluar dari angka 5 dan bersama bersaing dalam liga angka 4.

2 Bahasa Ingeris, GPMP Kulai juga meningkat dari 6.75 pada 2008 kepada 6.62 pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyal 0.13. Namun begitu, kita masih juga di tempat ke 10.

3 Bagi Kesusasteraan Melayu, penurunan GPMP agak signifikan iaitu sebanyak 0.36. GPMP menurun dari 7.10 kepada 7.46. Begitu juga dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Cina menurun sebanyak 0.48 (5.05 kepada 5.53), manakala Bahasa Tamil sebanyak 0.26 (4.29 kepada 4.55).

Prestasi sekolah?

Saya sebenarnya sangat berbangga dengan pencapaian SMK Kulai Besar dengan pencapaian BM mereka.(saya rasa mereka perlu buat satu banner yang sangat besar & digantung di luar pagar sekolah bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang pencapaian besar mereka ini). Saya ucapkan tahniah kepada Pengetua, semua GPK, GKMP Bahasa, Ketua Panitia BM & semua guru-guru BM yang mengajar dari Peralihan hingga ke Tingkatan 5 kerana saya percaya mereka semua ada sumbangan dengan kejayaan ini. Dengan peningkatan sebanyak 1.94, GPMP sekolah meningkat dari 6.89 kepada 4.95, ia kejayaan yang sangat bermakna kepada sekolah ini.

Secara keseluruhannya, daripada 16 buah sekolah menengah, hanya sebuah sekolah sahaja yang mencatatkan kemerosotan. Tahniah kepada semua sekolah, terutamanya kepada SMPKV Indahpura kerana mencatat peningkatan GPMP sebanyak 0.20.

Bagi Bahasa Inggeris, 12 sekolah meningkat (termasuk SMPKV Indahpura 0.50) manakala 4 buah sekolah merosot. Peningkatan prestasi paling tinggi ialah SMK Bandar Tenggara 2 (1.44).

Kesimpulannya, perjalanan Kulai kearah kecemerlangan akademik adalah masih jauh. Masih banyak yang perlu dan boleh dilakukan bagi membuktikan bahawa Kulai juga boleh cemerlang sebagaimana daerah yang lain. Saya pasti, guru-guru di daerah pendidikan Kulai akan sentiasa berusaha bagi memastikan kejayaan anak-anak didik mereka dalam bidang akademik dan bidang-bidang yang lain. Kulai boleh!

m:

:.N::.M::.N:

No comments:

Post a Comment