PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Wednesday, March 24, 2010

DATA SARINGAN 1 LINUS

Salam to alz!

Hari ini kita telah mendapat berita tentang data saringan 1 LINUS perlu dimasukkan dalam laman web NKRA. Untuk makluman semua, sebenarnya kita masih belum mendapat arahan rasmi tentang ini. Walau bagaimanapun, saya telah berjaya masuk ke laman web ini dan dengan menggunakan ID sebuah sekolah, saya dapat melihat apakah item-item yang perlu diisi oleh penyelaras LINUS.

Ada beberapa perkara yang saya rasa kurang tepat dalam pengisian data ini. Yang pertama adalah penetapan konstruk yang menentukan murid berada dalam kelas LINUS, pemulihan LINUS dan kelas arus perdana. Bagi literasi, ada 2 ketetapan yang berbeza. Muka pertama menunjukkan murid yang lepas konstruk 3 - 7 akan masuk ke kelas LINUS sedangkan di muka kedua (selepas diklik pada pensil di sebelah kanan muka pertama itu), menunjukkan konstruk 3 - 9.

Perkara yang kedua ialah tidak diberitahu data yang perlu dimasukkan itu adakah data literasi membaca atau literasi menulis. Kedua-dua saringan membaca dan menulis telah dijalankan. Ada murid yang lepas literasi membaca tetapi tidak lepas literasi menulis. Pengisian data tidak jelas.

Saya akan cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan saya ini. Sementara itu, kepada sekolah-sekolah yang masih belum menghantar data LINUS kepada saya (yang menggunakan borang itu) segeralah berbuat demikian kerana kita sudah tidak sabar nak tahu berapa ramaikah murid LINUS berada di daerah kita ini...

m:


:.N::.M::.N:

No comments:

Post a Comment