PLANNING

A Good Plan Is Like A Road Map; It Shows The Final Destination And Marks The Best Way To get There

Friday, February 19, 2010

LITERASI & NUMERASI SKRINING (LINUS)

Assalamualaikum & selamat sejahtera semuanya!

Jika anda mengikuti perkembangan pendidikan semasa dan sentiasa membaca akhbar-akhbar tempatan, tentu sekali pernah terjumpa perkataan LINUS ini. Banyak yang telah diperkatakan, diterangkan, diberi taklimat kepada pihak sekolah khususnya di daerah Kulai.

Untuk pengetahuan semua, saya akan cuba untuk menerangkan secara ringkas tentang LINUS ini. Boleh? Bagus.
m:

National Key Result Areas (NKRA's) menyasarkan bahawa SEMUA murid yang tidak ada masalah pembelajaran (i.e. murid normal) berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Maksudnya, murid normal yang berada di tahun 1 pada tahun 2010, mestilah boleh membaca, menulis dan mengira selepas tamat tahun 3 pada 2012.

Sebelum ini telah ada beberapa program yang melibatkan literasi dan numerasi di sekolah rendah. Antaranya ialah KIA2M (Kelas Intervensi Awal untuk menulis dan membaca) bagi murid tahun 1. Murid KIA2M ini, apabila masuk ke tahun 2 akan diletakkan dalam program Pemulihan. Jika masih belum menguasai 2M di tahun 2, akan diteruskan ke tahun 3. Selepas tahun 3, masih juga belum menguasai, murid ini akan mengikuti Program Tiga M (PROTIM) di tahun 4, 5 dan 6.

Oleh itu, matlamat program LINUS ini adalah untuk memastikan semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi setelah mengikuti pendidikan Tahap 1.


Konsep literasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung 'dan') serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Numerasi pula adalah kebolehan melakukan operasi matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Ok, cukup setakat ini dulu. Nanti saya sambung lagi...
m:

No comments:

Post a Comment