Salam to all.
Hari ini saya akan terangkan lebih lanjut berkenaan LINUS.
Kebanyakan sekolah telah lama mengamalkan proses 'streaming' murid-murid tahun 1 bagi mengesan dan mengenal pasti murid-murid yang tidak tahu menulis dan membaca. biasanya sekolah telahpun ada instrumen khas untuk menguji murid-murid ini dan seterusnya menempatkan mereka di kelas-kelas yang bersesuaian.
LINUS tidak ada beza dengan amalan sebelum ini. Setiap murid tahun 1 2010 akan mengikuti saringan bagi mengesan berapa ramai murid yang masih belum tahu membaca, menulis dan mengira. Instrumen saringan ini dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Kenapa ia dipanggil saringan dan bukan ujian? Ini adalah kerana berbeza dengan 'ujian' yang digunakan untuk mengesan 'pencapaian' , 'saringan' digunakan untuk mengesan 'penguasaan' murid tersebut mengikut konstruk-konstruk yang telah ditetapkan.
Saringan 1 untuk literasi membaca akan (@ sedang) dijalankan pada 1 - 28 Februari 2010. Manakala literasi menulis akan diakan pada 1 - 5 Mac 2010 (daerah Kulai akan mengadakannya pada 3 Mac 2010). Saringan numerasi lisan dan numerasi bertulis juga diadakan pada tarikh-tarikh yang sama. Saringan ini boleh dilakukan semasa p&p sama ada secara individu atau dalam kumpulan tidak lebih dari 3 orang.
Bagaimana ingin tahu murid yang mana akan masuk ke kelas LINUS?
Bagi literasi, ada 12 konstruk semuanya yang diuji. Murid yang melepasi konstruk 1 hingga konstruk 8 layak untuk masuk ke kelas arus perdana. Bagi murid yang lepas konstruk 1 hingga konstruk 7, mereka akan masuk ke kelas LINUS. Manakala murid yang melepasi hanya konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan masuk ke kelas Pemulihan LINUS. Murid-murid ini dikenali sebagai murid LINUS tegar.
Murid-murid kelas LINUS dan Pemulihan LINUS akan menjalani Saringan 2 dalam bulan Jun dan seterusnya Saringan 3 dalam bulan September.
Bagaimana bentuk kelas LINUS?
Bentuk kelas LINUS terpulang kepada sekolah masing-masing. Sekiranya murid LINUS ramai dan bilik darjah mencukupi, boleh lah dibuka kelas khas untuk murid LINUS. Selain dari itu, murid LINUS juga boleh dikeluarkan dari kelas masing-masing pada waktu BM untuk mengikuti kelas pemulihan.
Kesimpulannya di sini adalah, lakukanlah apa cara sekalipun, asalkan di akhir 2012, semua murid di sekolah kita boleh membaca, menulis dan mengira - maksudnya pencapaian 100% sepertimana KPI Menteri Pelajaran kita. Selepas itu, baru lah kita boleh bercerita tentang New Deal Guru Besar...
p/s selamat berkursus LINUS kepada 11 orang guru BM tahun 1 yang akan berkampung 3H2M di Seri Malaysia JB mulai petang ini!
No comments:
Post a Comment